SyarifJamil.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

BAGAIMANA SIMPANAN EMAS SEJAK BELAJAR MEMBOLEHKAN SJ BELI RUMAH PELABURAN PERTAMA KETIKA UMUR 23 TAHUN

By Syarif Jamil

January 1, 2018

Akaun Emas GAP, Dealer Emas Public Gold, emas murah, Emas patuh Syariah, pelaburan emas, Pelaburan Emas Di malaysia, Pelaburan Emas Malaysia, Pelaburan emas patuh syariah, Public Gold, Simpanan Emas

Sebelum SJ berkongsi pengalaman yang bermakna ini dengan lebih mendalam.. suka untuk SJ ingatkan yang SJ bukanlah seorang yang pakar dalam bidang hartanah. SJ sendiri hadiri beberapa kelas hartanah dan membaca banyak buku dan e-book tentang hartanah dari mereka yang pakar iaitu sekitar tahun 2014-2016. Dibawah adalah gambar kenangan tahun 2014 dimana SJ menghadiri kelas hartanah. SJ Menghadiri kelas hartanah yang dianjurkan oleh Sifu Hartanah Malaysia iaitu Tn Meor Zaidi yang juga merupakan penulis blog hartanah www.abangencem.com.

 

Walaupun pada waktu itu, umur SJ baru 20 tahun dan SJ belum mampu untuk membeli hartanah, bagi SJ itu bukan alasan untuk tidak mencari ilmu. Ilmu tak mengenal usia. Belajarlah dan ambillah manfaat ilmu tersebut. So, bagi rakan-rakan pembaca blog SJ yang nak mendalami ilmu hartanah ini, boleh lah PM beliau di FB.

 

Kepakaran utama SJ adalah dalam bidang emas iaitu sebagai seorang Dealer Aktif Public Gold dimana SJ telah berjaya membantu lebih 250 penyimpan emas di Malaysia. Sejak dari tahun 2014 lagi, SJ sudah bergelar Dealer Aktif Public Gold. SJ merupakan Dealer Aktif Public Gold dibawah mentorship pakar emas malaysia iaitu Tn Mohd Zulkifli Shafie.

 

Tugas utama SJ adalah menyampaikan ilmu yang betul tentang simpanan dan pelaburan emas dan membantu mereka yang ingin melakukan simpanan dan pelaburan emas.

 

Selain itu, SJ dan isteri juga aktif membimbing masyarakat tentang dua servis lain daripada Public Gold iaitu tentang Barang Kemas Exclusive Aurora Italia dan juga Online Shopping Terbaik Malaysia iaitu PGmall.

 

Kisah SJ bermula dari tahun 2014 sewaktu SJ berada di Autralia menyambungkan pelajaran disana. Waktu itu, SJ dah mula disiplinkan diri menyimpan emas. 1 bulan 1 dinar. Matlamat utama dalam menyimpan emas ini adalah untuk:

1. Modal kahwin dan Guna Dinar Sebagai hantaran
2. Guna Emas sebagai modal membeli hartanah pelaburan

SJ memang dah faham sangat-sangat tentang kelebihan menyimpan emas yang antaranya:

 

1. Simpanan SJ susah sangat nak bocor. Kalau Simpan RM.. SJ tak rasa SJ mampu memiliki hartanah pelaburan pertama nie sabab SJ memang ada tabiat boros. Ada jee duit dalam account.. ada jee benda2 yg rasa perlu beli sedangkan ianya membazir.

 

2. Emas memang simpanan jangka panjang yang kukuh. SJ dah faham dimana untuk membeli hartanah, kita memerlukan modal (walaupun hartanah nie SJ beli dengan modal yg minima) tetapi secara theorinya.. untuk membeli hartanah, kita memerlukan sekitar 15% modal daripada harga hartanah itu. so kita memerlukan masa untuk menyimpan. Apa yg SJ buat dari tahun 2014 hingga 2016.. SJ simpan jee emas.. nak beli hartanah masih belum mampu sebab belum bekerja.. untuk simpanan long term.. Emas memang pilihan yang baik. Kalau simpan RM, nilai duit pun jatuh dan dimamah inflasi lagi. rugii sangat!! Itu sebab SJ fokus simpan emas jeee. SJ buat part time di aussie.. SJ tukar income itu jadi emas.

 

3. Harga emas menaik dalam jangka panjang. Dari harga emas RM 135/gram hinggalah sekitar RM 190++, SJ simpan jee emas. Kita bukan rugi apa-apa pun. Simpan emas nie ibarat simpan duit tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh dan selamat.

 

4. Emas boleh dirahnukan. Ar-rahnu adalah syurga bagi penyimpan emas dimana kita boleh dapatkan cash sekitar 70% dari nilai emas yg kita ada. Ini adalah tempat dimana SJ dapatkan modal untuk digunakan bagi hartanah pelaburan SJ. Dengan cash yang SJ dapat, SJ perlu bayar balik dalam tempoh 6 bulan atau 8 bulan, bergantung kepada rahnu tersebut besertakan upah simpan.

So, kita boleh rolling modal disini. Apa yang bestnya lagi, selepas kita dah berjaya tebus balik emas yg kita pajak tuu, kita akan dapat balik emas yg dipajak. Rumah pun SJ dapat.. Emas SJ pun dah dapat balik. Cuma kena plan betu-betul macam mana nak tebus balik.

 

Ok, so dah jelas kan tentang manfaat emas yg SJ gunakan untuk memiliki hartanah pelaburan pertama nie. SJ selalu ingatkan customer di bawah bimbingan SJ, ” Emas yang SJ sendiri simpan nie bukanlah untuk di jual balik pada harga tinggi.. SJ tak suka cara macam itu. SJ lebih suka untuk simpan emas dan manfaatkan simpanan emas itu. “

 

Sekarang SJ nak cerita pula step2 bagaimana SJ membuat persediaan untuk memiliki hartanah pelaburan pertama ini..

 

1. Pencarian ilmu sudah semestinya SJ utamakan. Setiap bulan SJ asingkan dana untuk SJ gunakan untuk mencari ilmu. Dana ini dinamakan “Educational Fund”. Dana ini SJ asingkan sekitar 5% – 10% dari pendapatan bulanan. Ada SJ guna untuk hadiri seminar, beli buku, ebook dan lain-lain lagi. Antara cabang ilmu yang SJ utamakan agar SJ berjaya memiliki hartanah pelaburan pertama adalah:

  • Emas : Boleh hadiri seminar emas Public Gold yang percuma, Beli buku tentang emas di MPH ataupun Popular yang bertajuk Wang Emas dan Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas dan Belajar tentang emas secara online di blog seperti blog www.mohdzulkifli.com.
  • Hartanah : Hadiri Seminar, Beli Buku dan Ebook
  • Netwoking : Pastikan kita menjadi follower sifu-sifu agar kita selalu dapat info berguna
  • Pengurusan Aliran Tunai Di Bank : SJ belajar bab ini dari ebook

 

2. SJ pastikan simpanan kecemasan SJ dah cukup 3bulan gaji iaitu sekitar 15 Dinar Emas. Ini amat-amat penting! kalau tak cukup 3 bulan gaji.. jangan menggatal nak beli rumah lagi yaa. Apa yang SJ buat adalah, simpanan kecemasan SJ adalah dalam bentuk emas. Apabila SJ simpan dalam bentuk emas, lebih cepat SJ capai matlamat simpanan 3 bulan gaji. kalau simpan cash di bank atau tabung haji.. SJ senang sangat nak gunakannya.. last-last simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji tak tercapai… SJ amat bersyukur sebab SJ dipertemukan dengan simpanan Emas. Kalau SJ tak simpan emas.. I DONT THINK I HAVE A CONFIDENCE TO OWN A PROPERTY AT AGE OF 23. Jika berlaku apa-apa emergency, Emas ini akan SJ gunakan.

 

3. Teori sahaja tak cukup. So, jangan terlalu banyak belajar dan tak amalkan. Rugi sangat. Apabila dah belajar, pastikan amal ilmu tersebut. kalau kita tak amalkan, kita juga yang rugi. Ada juga orang yang jenis suka hadiri seminar-seminar.. tetapi bertangguh dan takut nak mencuba. Jangan takut dan bimbang, apabila ilmu dah ada, insya allah risiko kita untuk gagal tipis.

 

4. Di fasa pencarian rumah, SJ just cari online di mudah.my. Disini SJ guna ilmu-ilmu berkaitan hartanah yang SJ belajar. Memang sangat membantu. Kalau SJ tak ada ilmu-ilmu ini, sangat mudah untuk buat kesilapan. Hartanah dibawah harga pasaran menjadi dambaan SJ.  Untuk membeli hartanah pelaburan ini, kita ada 2 risiko.. iaitu sama ada untung.. atau rugi. Dengan ilmu yang betul, kita boleh kurangkan risiko rugi dan maksimakan untung.

 

5. Pemilihan lokasi juga memainkan peranan yang penting kerana ianya memberi kesan atas demand sewaan. Kita perlu bijak mencari lokasi yang ramai orang cari. Berkaitan lokasi ini, SJ just cari di kawasan yang memang SJ yakin. SJ membesar di pulau pinang, So SJ tahu beberapa lokasi yang baik dan sesuai. Kita jangan buang masa dan duit untuk mencari di kawasan-kawasan yang kita sendiri tak yakin.

 

6. Pemilihan penyewa sangat-sangat penting. Kalau silap memilih, kita akan sangsara. SJ pilih segmen penyewa yang merupakan bujang, lelaki dan juga bekerja. Ilmu-ilmu ini SJ belajar dengan details dari sifu hartanah sendiri iaitu Tn Meor Zaidi. So, memang SJ galakkan anda untuk hadir seminar-seminar beliau dan juga baca buku-buku beliau.

 

7. Apabila dah jumpa rumah yang SJ minat, disini Emas mula membantu. Emas membantu SJ dari segi modal untuk SJ setup rumah. SJ pajak sekitar 20 grams emas di Ar rahnu KDE. Dengan wang pinjaman yang SJ dapat dari hasil pajakan, SJ gunakan untuk mempersiapkan rumah seperti cat, katil, tilam, kipas, almari, dapur, peti ais, mesin basuh, tirai dan lain2.

Selain daripada emas itu digunakan sebagai simpanan kecemasan SJ, SJ juga gunakan sebagai modal SJ siapkan rumah pelaburan SJ ini. Sekarang rumah itu sudah disewakan dan income daripada hasil sewaan dan juga simpanan bulan-bulan SJ akan digunakan untuk tebus balik emas  di ar-rahnu KDE. Nanti dah selesai tebus emas, income ini boleh SJ gunakan untuk gandakan lagi simpanan emas untuk dijadikan modal rumah pelaburan yang ke 2.

 

8. Simpanan Tunai juga jangan diambil mudah. Bank akan lihat juga sama ada akaun kita cantik ataupun tidak. 6 bulan sebelum SJ plan membeli rumah, SJ kurangkan sedikit simpanan emas untuk SJ catikkan akaun bank SJ. Selain itu, tunai sebanyak RM 3080 SJ gunakan untuk buat bayaran valuation fees (RM 580) dan juga untuk buka case dengan firma guaman (RM 2500).

 

9. Pastikan tiada komitmen yang tinggi. Bab ini amat bahaya. Jika anda baru bekerja dan terus membeli kereta baru berjenama.. SJ risau nanti bank susah nak bagi loan. Kalau gaji anda tebal, itu tak jadi masalah. Setakat gaji RM 3K dan guna kereta baru berjenama H, anda akan susah untuk memperolehi loan untuk rumah. Tambahan lagi kalau anda ada hutang peribadi.. ianya akan lebih merencatkan proses untuk anda miliki hartanah pelaburan. Debt Service Ratio (DSR) anda akan tinggi. Apabila DSR anda tinggi, ini bermaksud, anda ada banyak hutang. So, nasihat SJ kepada anak muda, naik jee moto ke tempat kerja ataupun belilah kereta second hand yang murah-murah. Banyak jee pilihan kereta tempatan dibawah RM 25k untuk dipilih.

 

Perkongsian diatas adalah sedikit sebanyak tentang pengalaman SJ membeli hartanah pelaburan pertama pada usia 23 tahun. Untuk lebih mendalam, SJ amat-amat sarankan anda untuk hadir dan berguru sendiri dengan mereka yang pakar dalam bidang tersebut seperti emas dan hartanah.

Perkongsian ini mungkin bukan perkongsian yang lengkap dari A – Z, tetapi sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada anda bagaimana simpanan emas dapat membantu SJ. Apa-apapun, mulalah dari menuntut ilmu dan manfaatkan ilmu itu. 

 

DETAILS HARTANAH YANG SJ BELI ADALAH SEPERTI BERIKUT

Harga Pasaran Rumah : RM 160 000

Harga Belian Rumah : RM 147 000

Jumlah Loan Yang Dibuat (100%) : RM 155 000 (RM8K Cashback)

Komitmen Kepada Bank : RM 804/Sebulan 

Kadar Sewaan Semasa : RM 1090/Sebulan 

Kos Renovation : RM 3000 iaitu sekitar (20grams emas yang SJ rahnukan)

Kos Guaman dan Valuation : RM 6580 ** Kos ini sebenarnya SJ tak keluarkan modal pun sebab SJ guna lebihan loan. SJ hanya dahulukan RM 2500 untuk legal fees dan RM 580 untuk valuation fees.

Persediaan Emergency Fund : Sekitar 15 Dinar Emas

 

Ini gambar rumah “SEBELUM”

 

 

 

 

 

 

Ini gambar rumah “SELEPAS”

 

 

 

 

Akhir sekali, SJ berharap sangat agar pengalaman SJ ini dapat memberi inspirasi buat generasi muda mahupun sesiapa yang membaca artikel ini. Cabaran di zaman sekarang kian mencabar. Tetapi jangan kita terus ketinggalan dan menyalahkan pihak itu dan pihak ini. Kita ubah diri kita dahulu kerana diri kitalah yang paling mudah untuk kita ubahkan. Ilmu itu pelita hidup. Letak ilmu dihadapan, insya allah kita semua mampu lakukan yang terbaik.

Syarif Jamil,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
1 Jan 2018.

Syarif Jamil

About the author

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014.

WhatsAPP : +60136460265

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>
Open chat
Nak Belajar Ilmu Emas dengan saya?
Hi, Saya Syarif Jamil. Master Dealer Aktif Public Gold. Boleh saya bantu anda?