ZAKAT…. Pernah dengar tak perkataan ini? Sebagai seorang muslim, SJ yakin kalian semua pasti pernah dengar kan. Inilah satu kunci kejayaan dan kekayaan seorang muslim yang hebat.
Antara sebab utama SJ berkongsi dengan rakan-rakan tentang aset emas adalah, SJ nak kalian semua simpan aset emas hingga kalian dapat keluarkan zakat emas. Percayalah, dengan menyimpan emas, kalian lebih mudah capai target untuk keluarkan zakat simpanan.
Untuk pengetahuan kalian, para penyimpan emas ini ada satu sifat yang hebat. Simpanan mereka tak mudah bocor. Tak macam orang yang simpan cash. Simpan cash awal bulan.. korek hujung bulan.. betul tak?
Jika Menyimpan emas, naluri kita berbeza. Ianya tidak sama macam simpan duit kertas. Naluri yang Allah letakkan pada penyimpan emas adalah untuk kasih dan sayang kepada emasnya. Lagi dilihat emasnya lagi nak tambah. Berbeza dengan menyimpan cash. Lagi dilihat baki dalam akaun bank, lagi giat otak berfikir untuk habiskannya.
Berikut adalah details kiraan bagi zakat emas tahun 2021. Jika kalian dah ada 85gram emas keatas dan sudah cukup setahun disimpan, kalian dah layak untuk keluarkan zakat emas.
**Tips SJ = SJ suka jadikan bulan ramadhan ke ramadhan sebagai 1 tahun dan keluarkan zakat pada bulan ramadhan. Kenapa? Sebab SJ nak rebut ganjaran pahala di dalam bulan mulia ramadhan itu.
Zakat dapat memelihara harta kita daripada kebinasaan dan zakat juga menyucikan harta dan diri pembayar Zakat. Allah SWT berjanji akan mengembangkan harta mereka dan tidak mengurangkan walau sedikit sekali pun. Dan Allah SWT menenangkan jiwa mereka. Oleh itu kita wajib yakin dengan janji-janji Allah SWT itu dan kita tidak seharusnya takut menjadi miskin atau harta kita berkurangan kerana berzakat.
(Zakatkanlah kepada 8 golongan asnaf: Klik Link Ini>>> 8 Golongan Layak Terima ZAKAT)
Berminat untuk mula dan belajar ilmu emas dengan saya?
Boleh call saya (Syarif Jamil) : +6013-6460265
Ataupun boleh whatsapp saya. Click link ini (Whatsapp Saya)
Betul tu, lagi kaya lagi banyak kita keluarkan zakat.