MINDSET: SIMPANAN VS PELABURAN

MINDSET: SIMPANAN VS PELABURAN

1-Mindset Sebenar: EMAS sebagai asset simpanan kekal

(Khas untuk PENYIMPAN ASSET EMAS)

  • Simpanan Kekal disini bermaksud, wang kertas yg ditukarkn menjadi emas fizikal itu langsung tidak akan dijual kembali. Anda tidak ada niat pun untuk jual emas itu walaupun harga emas naik atau turun. Ia tetap sebagai simpanan anda. Emas yg disimpan itu adalah harta atau fizikal asset anda.
  • Emas ini disimpan juga sebagai insurance kewangan anda. Jika perlukn cash, anda boleh pajaknya di mana2 ar rahnu dan selepas itu tebus kembali harta anda itu.
  • Tidak kisah Item emas apapun untuk tujuan simpanan ini samada Gold Bar 1gram, 10gram,100gram, 1kilo,1Dinar,5dinar dan 10dinar. Ikut kemampuan masing2. Cuma, jgn pilih barang kemas sahaja untuk tujuan simpanan ini. Barang kemas adalah lebih kepada perhiasan.
  • Ini adalah harta anda, apabila sudah tiba ke akhir hayat, anda boleh pass jee emas ini kepada waris anda ataupun boleh buat wasiat. Emas bernilai sepanjang zaman.

11081569_949773315047456_2064957854_n

2-Mindset Sebenar : EMAS SEBAGAI MEDIUM PELABURAN
(Fahami apa itu Pelaburan)

Apabila ianya disebut sebagai Pelaburan, untung/rugi adalah tidak dapat ditentukan oleh sesiapa. Jika ianya dikatakan wajib akan untung 15% setahun,. Maka, ianya bukan pelaburan. Ianya berbau skim cepat kaya dan ada unsur riba disitu. Fahami dahulu apa itu PELABURAN.

– Pelaburan Emas fizikal adalah lebih kepada jangka masa sederhana dan panjang, iaitu tempoh 1-tahun dan keatas.

-Sama seperti instrument Pelabuaran yg lain, ianya dikira keuntungan apabila mencukupi at least 1 Tahun dari tempoh permulaan.

– Di dalam arena PELABURAN EMAS FIZIKAL, ada dua strategi yg perlu kita fahami. Pilih strategi mana yg anda suka.

#STRATEGI-1Letakkan target keuntungan Pelaburan Emas anda

  • Jika anda letak target keuntungan 25% atau 30% atau lebih, so, apabila harga emas naik ke paras yg anda target kan ini, terus sahaja jual kembali emas itu dan rasakan keuntungannya.
  • No heart feeling… Jgn sayang akan emas itu.. Jual jee.. Sbb niat anda adalah pelaburan.

#STRATEGI-2Bagi tempoh masa yg tetap untuk Pelaburan Emas anda

  • Jika tempoh masa yg anda letakkan untuk pelaburan anda adalah 2-tahun.. So, apabila cukup sahaja 2 tahun, jgn ditunggu lagi.. Terus jual smua item2 emas anda.
  • Anda sendiri yg letakkan tempoh masa itu.
  • Anda juga boleh buat belian emas secara berkala. Beli setiap bulan atau apa2 tempoh masa yg anda gemari.. Apabila sudah capai target anda, terus jual(leburkan) semuanya.

“Kunci kejayaan adalah, letakkan niat dan cara yg betul. Semuanya dipermudahkan”11106327_949773311714123_1563222206_n

SJF_5229 copy

 

Syarif Jamil,

Bukit Mertajam,
31 March 2015.

1,473 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam