SyarifJamil.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

GAP: Kajian Kes Keuntungan Membeli Emas Secara Konsisten

By Syarif Jamil

June 12, 2017

Akaun Emas GAP, Dealer Emas Public Gold, emas murah, Emas patuh Syariah, pelaburan emas, Pelaburan Emas Di malaysia, Pelaburan Emas Malaysia, Pelaburan emas patuh syariah, Public Gold, Simpanan Emas

Rahsia! Bagaimana seorang guru mendapat 5 keuntungan apabila membeli emas secara konsisten 1 gram setiap bulan.

Ini adalah kisah benar, bagaimana seorang guru yang juga seorang ibu, mampu menyimpan emas 1 gram setiap bulan sebagai tabungan anaknya dan menikmati 5 kelebihan.

 Menyedari kepentingan simpan emas.

Puan Wahida atau panggilan mesranya kak Ita adalah seorang guru. Beliau aktif menyimpan emas dan perak sejak tahun 2013. Bagi beliau, simpanan dalam bentuk emas mempunyai 3 kelebihan utama:

  1. Ia boleh mengelakkan kebocoran wang
  2. Nilainya emas meningkat dalam jangka masa panjang.
  3. Boleh digadaikan jika memerlukan tunai segera.

Item yang menjadi kegemaran kak Ita adalah 1 dinar emas dan 10 dirham.

Screen Shot 2017-06-13 at 4.15.26 AM Gambar : Antara simpanan emas dan perak kak Ita.

Namun kak Ita menyedari satu perkara. Untuk membeli sekeping syiling 1 dinar biasanya memerlukan kos yang besar.

Ini kerana sekeping dinar boleh mencecah RM700++ sekeping. Beliau mencari-cari kaedah terbaik untuk membuat simpanan emas untuk anaknya, Noor Iftikhar Irfan dengan modal yang rendah, contohnya 1 gram.

 Bagi kak Ita, pembelian emas 1 gram lebih murah dan tidak membebankan. Akhirnya kak Ita terjumpa jawapannya iaitu:

 Gold Accumulation Program.

Gold Accumulation Program (GAP) adalah akaun simpanan emas fizikal. Ia diperkenalkan oleh Public Gold (www.publicgold.com.my) pada bulan September 2014 sebagai kaedah membeli emas fizikal dengan modal serendah 1 gram atau RM100 sahaja.

Penyimpan akaun GAP boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP mereka. Setelah memahami konsep GAP, kak Ita sedar yang GAP menawarkan kemudahan menyimpan emas fizikal dengan kos yang rendah. Ini adalah kaedah terbaik untuk membuat tabungan bulanan untuk anaknya.

 Kisah simpanan GAP kak Ita bermula…

Kak Ita memulakan simpanan GAP pertama anaknya pada bulan Oktober 2014 dengan 1 gram. Harga emas semasa ketika itu adalah RM140 segram.

 Kak Ita membeli emas secara konsisten!!

Salah satu petua yang kak Ita gunakan untuk menabung emas adalah: mesti beli secara konsisten. Bila dapat ajer gaji, kak Ita akan beli 1 gram emas melalui GAP.

 SJ ingin berkongsi maklumat pembelian GAP kak Ita daripada tahun 2014-2016. Sila lihat gambar dibawah.

Screen Shot 2017-06-13 at 4.19.12 AM

Screen Shot 2017-06-13 at 4.19.19 AM

Screen Shot 2017-06-13 at 4.19.27 AM

 p.s: Data yang SJ ada hanya sehingga Ogos 2016. Bagi SJ ini sudah cukup menceritakan kisah inspirasi Kak ita buat kita semua.

Summary 

  1. Sebulan simpan 1 gram, jumlah berat emas terkumpul = 23 gram
  2. Jumlah kos 23 gram emas ini ialah RM3711
  3. Kos purata segram adalah (RM3711/23) = RM 161. 35
  4. Jika anda perhatikan, harga emas ada turun dan naik, namun kak Ita tetap konsisten membeli 1 gram setiap bulan.

5 kelebihan apabila membeli emas secara konsisten. 

  1. Harga purata menjadi rendah

 Dengan belian secara konsisten, kak Ita mendapat kelebihan kos purata yang lebih rendah.

 Pengiraan :

RM3711 ÷ 23 gram = RM161.35

Secara purata kak Ita cuma transfer RM161.35 saja untuk memiliki 23 gram emas selama 1 tahun 11 bulan.

 Jadi, secara purata kak Ita dapat kumpul 23 gram emas dengan harga yang sangat berbaloi untuk anaknya.

  1. Duit tak bocor dan nilai emas yang meningkat menguntungkan kak Ita

Setiap RM yang ditukarkan kepada 1 gram emas dalam GAP menyebabkan kak Ita dapat elak duit bocor setiap bulan.

Beliau dan anak juga akan dapat nikmati keuntungan atas kenaikan harga emas

Contoh: Harga emas GAP sekarang di website Public Gold ialah RM190/gram

Screen Shot 2017-06-13 at 4.24.45 AM

Gambar: Harga semasa GAP

Berapakah nilai semasa emas di dalam akaun GAP kak Ita?

Jawapannya: 23 gram x RM1 = RM4370

 Berapa RM yang dibayar oleh kak Ita? Jawapan: RM3711 sahaja

 ni menyebabkan kak Ita dan anak dapat keuntungan atas kenaikan harga emas

sebanyak RM659 iaitu 17.6%.

  1. Kak Ita boleh kecilkan spread emas

 Dengan gram emas terkumpul sebanyak 23 gram, kak Ita boleh mengeluarkan emas fizikal yang lebih besar, contohnya sekeping emas 20 gram.

 Spread emas 20 gram cuma 8% saja. (spread merujuk kepada perbezaan diantara harga PG Sell dan PG Buy.

spread-public-gold-2017Jadual spread emas public gold

Jika kak Ita terus konsisten menyimpan sehingga 250 gram di dalam akaun GAP, beliau dapat kurangkan lagi spread emas. Simpanan melalui GAP menyebabkan kak Ita boleh membuat pilihan untuk mendapatkan emas fizikal yang lebih besar dan spread lebih kecil.

  1. Simpanan GAP lebih selamat.

Emas GAP disimpan secara percuma oleh Public Gold sehingga pemegang akaun mengeluarkan emas fizikal. Anda tak risau risiko kecurian.

Screen Shot 2017-06-13 at 4.23.35 AMGambar : kak Ita balik sabah kampong di Sabah.

 Kampung kak Ita di Sabah dan sekarang beliau bekerja di Klang, jadi kaedah GAP ni amat sesuai dengan situasi beliau.

  1. Kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

 Ketika memulakan simpanan GAP, anaknya Noor Iftikhar Irfan baru berumur 10 tahun, Sekarang umur anaknya dah 12 tahun dan mempunyai simpanan 23 gram emas.

Best tak? Kecil-kecil lagi dah ada emas?

 sekiranya kak Ita terus konsisten sehingga anaknya berumur 17 tahun maka gram emas yang terkumpul akan jadi 72 gram emas .

 berapakah anggaran nilai emas dalam RM untuk masa depan anaknya?

 Jika purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun, maka pada usia 17 tahun nanti, gram emas ini akan bernilai sekitar RM20,196. Jumlah ini akan membantu kak Ita dalam menyediakan pembiayaan pelajaran seperti yuran pengajian anaknya di university nanti.

Unknown

Ini buktinya…

 Ini adalah penyata akaun GAP Noor Iftikhar Irfan.

Screen Shot 2017-06-13 at 4.32.20 AMDalam statement ini ada 24 gram emas kerana pada bulan Ogos 2015 kak Ita pernah beli extra 1 gram sebab ada duit lebih. Tetapi dalam kajian kes ini, tambahan ini tidak dimasukkan dalam pengiraan supaya anda dapat ketahui apakah kesan menabung emas secara konsisten.

Screen Shot 2017-06-13 at 4.32.26 AM

Inilah antara bukti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Beliau mengenepikan sebahagian gajinya untuk ditukarkan kepada tabungan emas anaknya. Dengan 1 gram sahaja kini dah terkumpul 24 gram dan ianya akan bertambah lagi setiap bulan. Walaupun jumlahnya kecil namun amat membanggakan kerana ia membuktikan simpanan emas 1 gram 1 bulan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

 Anda juga boleh jadi seperti seperti Kak Ita dan anak, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  1. BERTINDAK SEGERA DAN

  2. Simpan secara KONSISTEN

 Anda ingin memulakan simpanan emas?

 Jika anda juga ingin membuat tabungan emas serendah 1 gram sebulan atau minima RM100.

Sila berhubung dengan saya:

  1. Syarif Jamil (SJ)

+6013-6460265 (CALL/SMS/WHATSAPP)

 Semoga kita semua beroleh manfaat daripada kisah sebenar ini.

Slide1

Info-info lain berkenaan pelaburan emas.

Anda boleh download maklumat pelaburan emas secara PERCUMA.

  1. Maklumat lengkap tentang GAP

Klik => Apa itu GAP? 

Dibawah adalah Lampiran –Bukti pembelian GAP kak Ita setiap bulan.

 Pembelian Tahun 2014

Screen Shot 2017-06-13 at 4.37.17 AM

 Pembelian tahun 2015

Screen Shot 2017-06-13 at 4.37.27 AM Screen Shot 2017-06-13 at 4.37.38 AMPembelian tahun 2016

Screen Shot 2017-06-13 at 4.37.48 AM Screen Shot 2017-06-13 at 4.37.56 AM

Syarif Jamil,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
13 Jun 2017.

Syarif Jamil

About the author

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014.

WhatsAPP : +60136460265

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

    >
    Open chat
    Nak Belajar Ilmu Emas dengan saya?
    Hi, Saya Syarif Jamil. Master Dealer Aktif Public Gold. Boleh saya bantu anda?