Sejarah Public GoldĀ
Tanggal 23 Mei 2008 merupakan tarikh keramat buat Public Gold dimana ianya mula bertapak dengan modal terkumpul RM 100 000. Klik ini untuk baca detail >> Sejarah Penubuhan Public Gold.
Public Gold bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas serta perak secara fizikal. Perniagaan Public Gold lebih tertumpu kepada emas & perak yang berkonsepkan pelaburan. Pejam celik pejam celik, satu demi satu kejayaan diperolehioleh Public Gold. Tahun depan 2018 merupakan tahun yang amat dinantikan dimana Public Gold sudah bertapak selama 10 tahun di Malaysia.
Gambar 1 : Ini adalah Branch Pertama Public Gold iaitu di Bukit jambul Penang pada 2008
Built on a Decade of Trust
Kepercayaan(TRUST) adalah kunci kejayaan utama bagi Public Gold. Sejak Public Gold beroperasi pada tahun 2008, tiada seorang pun customer Public Gold yang tidak dapat emas yang dibelinya. Semua emas dalam kondisi yang terbaik dan falsafah ini sudah hampir 10 tahun digunapakai di Public Gold.
Bukan mudah untuk membina sebuah syarikat yang tambah-tambah lagi tiada contoh model business. Maksud SJ disini adalah, Public Gold merupakan syarikat emas yang menyediakan servis yang tiada di mana-mana syarikat emas lain. Contohnya adalah seperti Akaun Emas Fizikal GAP. Ianya merupakan satu bentuk cara yang paling mudah untuk semua lapisan masyarakat menyimpan emas dengan selamat dan juga Patuh Syariah. Tambahan lagi, mereka yang berada di luar negara juga boleh menyimpan emas.
Tahun 2014 SJ Mula Simpan Emas Public Gold
Sekitar penghujung tahun 2014, SJ mula sedar akan kepentingan menyimpan emas. Waktu nie, SJ berada di luar negara(Australia: tahun ke-2 Degree) sikit demi sedikit SJ kaji tentang simpanan emas di negara kita. Alhamdulilah, SJ jumpa website ini www.mohdzulkifli.comĀ . Satu demi satu SJ menuntut dari beliau sehinggalah SJ sendiri sekarang menjadi dealer sah Public Gold.
Gambar 2: Kenangan bersama mentor emas SJ iaitu Tn Zulkifli sewaktu menghadiri Public Gold Dealer Training.
Diatas kepercayaan yang tinggi kepada Public Gold, SJ yakin dan percaya dimana ianya platform terbaik untuk SJ berkongsi ilmu emas yang betul kepada lebih ramai orang.
Gambar 3: kenangan sewaktu jual emas Public Gold di mekah untuk dapatkan Mata wang Riyal.Ā Dengan TRUST jugalah kisah pengalaman SJ menyimpan emas dikongsikan di beberapa akhbar online.Ā
Gambar 4: Seminar Emas Pertama yang SJ berikan di Public Gold Sg Petani, Kedah.
Kepercayaan membawa kepada KejayaanĀ
Tahun 2017 merupakan tahun ke-3 SJ menjadi Dealer aktif Public Gold. SJ tak hairan jika di masa hadapan iaitu 10-20 tahun lagi, Public Gold terus dan terus maju berjaya kerana pada masa sekarang, Public Gold sudah membina asas yang amat-amat baik. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan Public Gold hampir 10 tahun ini, satu demi satu kejayaan ditempa oleh Public Gold.
Sehingga kini (18/9/2017), Public Gold sudah ada lebih 100 000 pelanggan yang percaya kepada product keluarannya bertepatan dengan falsafah founder Public Gold Datuk Wira Louis Ng iaitu “Built On A Decade Of Trust”