Setiap penyakit, ada penawarnya. Di dalam aspek kewangan, penyakit BOROS ini amatlah merbahaya ibarat seperti kanser tahap 4 kerana ianya akan merosakkan perancangan hidup yang sempurna.
Lawan kepada perkataan BOROS adalah SIMPAN. Menyimpan adalah satu amalan yang mulia dimana para penyimpan itu tahu dan sedar akan kepentingan menyimpan dimasa hadapan. Tetapi…..
“Emosi kita sering tewas dengan angka”. Apabila berjaya simpan RM 200 sebulan, pada bulan kesepuluh, simpanan kita akan menjadi RM 2000…. Wawww.. bnyaknyaaa.. apabila sudah nampak yang wang simpanan sudah menjadi 4 angka, nafsu dan emosi kita sudah mula terganggu. Cerita ini adalah dari pengalaman saya sendiri.
Apabila dah mula rasa simpanan dah banyak, mulalah mata ini dan tangan ini mula mencari sesuatu untuk memenuhi kehendak nafsu. Antaranya, beli casing fon baru, jam baru, melancong dan sebagainya. Malah, dengan adanya teknologi, online shopping amat mudah dilakukan.Alhamdulillah, Tuhan ketemukan saya dengan penawar bagi penyakit BOROS ini. Ubatnya adalah, “LOGAM EMAS”. Logam yang unik, bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yang terbaik.
Selepas daripada mengenali EMAS ini, saya sudah ubah tabiat menyimpan saya iaitu daripada simpan RM kepada menyimpan EMAS. Proses menyimpan emas ini amatlah mudah. Ianya tidak sukar sepertimana yang kita rasakan. Dengan budget permulaan serendah 1-gram dalam RM 150+- kita sudah boleh mula menyimpan emas fizikal.Â
Dengan adanya platform yang diwujudkan oleh PUBLIC GOLD iaitu GOLD ACCUMULATION PROGRAM, segalanya menjadi lebih mudah dan teratur. Tak perlu risau pun berkaitan dimana nk simpan emas itu kerana Public Gold yang simpankan dan ianya ada insurance.“Peace Of Mind” Emosi dan sifat BOROS yang jahat itu sudah hilang dan diubati dengan baik oleh LOGAM EMAS.
Jika simpanan kira bernilai RM 5000, ianya beru bersamaan 33gram emas 999.9(24k). Kita akan merasakan yang simpanan kita masih kecil dan perlu diperkukuhkan. Inilah cara bagaimana saya perbetulkan cara simpanan saya.
“Saya bukan sekadar simpan emas semata-mata untuk meraih keuntungan kenaikkan harga emas dimasa hadapan, saya lebih tumpu dan pentingkan tentang simpanan saya itu”
Syarif Jamil,