Di dalam apa jua bidang pelaburan sekalipun, teknik purata atau di dalam bahasa “INTERNATIONAL” nya iaitu DOLLAR COST AVERAGING(DCA) adalah satu teknik asas yang perlu difahami terlebih dahulu. Ia amat mudah dan hanya memerlukan sedikit ilmu matematik.
DCA adalah satu teknik purata yang dikenakan keatas “Item Pelaburan” demi untuk mengetahui berapakah nilai tapak di dalam sesuatu pelaburan. Kenapa saya kaitkan pelaburan dengan DCA?? Ini adalah kerana, pelaburan bukan hanya dibuat pada satu-satu masa yang tertentu sahaja. Dalam konteks menabung+melabur emas fizikal, ia merupakan satu proses yang menjangkau tempoh “tahun” iaitu lama. kita perlu tahu akan teknik ini demi memaksimakan keuntungan pelaburan kita. CONTOH MUDAH:
Di dalam table itu, ia menunjukkan bahawa seorang PELABUR itu mendisiplinkan diri untuk membeli 1-GRAM EMAS setiap pada setiap bulan selama 1 tahun. Wajib untuk anda tahu bahawa, harga emas ini bergerak pada setiap detik. Itulah pentingnya DCA. Walaupun harga EMAS/gram mahal atau murah, beliau tetap melabur 1-gram sebulan. Oleh yang demikian, apabila tamat tempoh yang beliau tetapkan iaitu setahun, DCA diaplikasikan dan Harga 1-gram EMAS menjadi sekitar RM 139- RM 140. Nilai tapak berkenaan harga emas per gram ini amatlah penting kerana untuk mengetahui “cost pelaburan” dan” bilakah masa yang sesuai” untuk menjual kembali emas pelaburan itu untuk merasakan keuntungannya.
Garisan HITAM itulah DCA yang perlu kita tahu. Letakkan tempoh masa yang anda inginkan dan aplikasikanlah DCA.Â
DCA juga berkait rapat dengan EMOSI seseorang PELABUR itu. Ini adalah kerana, apabila nilai “item pelaburan” itu jatuh pada masa beliau ingin melabur, itulah masa yang paling sesuai untuk beliau melabur dengan kuantiti yang banyak kerana untuk menarik graf DCA nya turun dan memaksimakan keuntungannya. Apabila harga berada di paras tinggi, beliau juga ingin melabur tetapi kali ini kuantitinya mungkin lebih kecil. Inilah yang dapat saya kongsikan bagaimana DCA dapat membantu kita dalam memaksimakan keuntungan dalam PELABURAN EMAS ini.
Syarif Jamil,