Bagi anda yang sudah membuat belian pertama dan memilih SJ sebagai dealer anda, SJ ucapkan tahniah!
Terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada SJ untuk menjadi dealer emas anda dan sekaligus SJ adalah orang yang bertanggungjawab untuk membantu anda di dalam dunia pelaburan emas Public Gold ini.
Buat permulaan ini, SJ nak hadiahkan beberapa ebook dan bahan rujukan penting dalam pelaburan emas khas dari saya. Antaranya:
1) eBook – Panduan Lengkap Akaun Emas GAP
2) eBook – 5 minit review emas
3) eBook – 2 Teknik Pantas Menyimpan Emas
4) Slide Presentation Seminar Emas “Bagaimana Emas Menambah Baik Kewangan Saya”
——>>> Sila dapatkan secara percuma DI SINI.
SJ tak menjanjikan bulan dan bintang dalam pelaburan emas ini, tetapi Insya Allah SJ akan tunjukkan cara yang betul menjana keuntungan maximum daripada pelaburan emas berdasarkan pengalaman SJ membimbing lebih 260 pembeli emas sejak 2014.
Tips paling penting yang SJ dapat dari mentor emas SJ iaitu Tn Zulkifli Shafie adalah;
“Bukanlah emas yang membuatkan kita kaya, tetapi yang membuatkan kita lebih kaya ialah ilmu kita tentang emas itu sendiri”
Kunci Keuntungan Maksimum
Memang betul, pada pemerhatian SJ, orang yang melabur dalam emas tanpa ilmu akan sentiasa susah hati. Bila harga emas turun, dia susah hati, bahkan bila harga emas naik pun dia turut sama susah hati. Faktor utamanya ialah, dia tak tahu apa yang dia buat dan hanya mengharapkan “bulan jatuh ke riba” sahaja.
Dalam apa juga pelaburan sekalipun, paling penting ialah ilmu. Kalau hanya mengharapkan nasib, itu bukanlah pelaburan sebenar, sebaliknya itu hanyalah satu perjudian. Tetapi bila kita ada ilmu, kita boleh mengulangi kejayaan itu lagi dan lagi. Kejayaan itu akan dapat kita kecapi banyak kali.
Sebab itulah berbezanya orang yang melabur emas dengan ilmu. Bila harga emas naik, dia “happy”, bila harga emas turun, dia lebih “happy”. Kenapa jadi begitu? Sebabnya, dia tahu apa yang dia buat. Bila harga emas naik, dia “happy” nilai kekayaannya meningkat. Bila harga turun, dia “happy” sebab dia berpeluang membeli aset yang mahal (i.e. emas) dengan harga lebih murah! Pendek kata, dia sentiasa senyum walauapapun keadaan harga emas, insyaAllah…
4 Tips Jana Keuntungan
Jadi SJ sarankan, lepas pembelian pertama ini, fokus tambahkan ilmu tentang emas dari semasa ke semasa. Untuk dapatkan ilmu dan menjana keuntungan maksimum dalam pelaburan emas, SJ cadangkan anda buat 5 perkara di bawah:
#1 – eBook 5 Minit Review Tentang Emas
Ini ebook paling ringkas untuk faham asas pelaburan emas dengan cara paling pantas. Ruangkan masa 5 minit untuk khatamkan ebook ini kerana ia terbukti mencelikkan ramai penyimpan emas yang “happy” dengan pelaburan mereka.
Untuk download percuma, Klik
#2 – Buku Asas Pelaburan Emas
Buku Ini “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” adalah buku paling lengkap dan paling praktikal untuk faham pelaburan emas cara lebih mendalam. Ia ditulis oleh guru pelaburan emas SJ iaitu En. Syukor Hashim. SJ boleh katakan, beliau adalah guru pelaburan emas no. 1 di Malaysia kerana aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak 2008 lagi, iaitu SEBELUM beliau menyertai Public Gold lagi.
Harganya cuma RM80. Ia sangat murah berbanding ilmu yang anda bakal dapat daripada buku ini.
—- > Untuk pembelian, klik Disini
Sebagai pelengkap kepada buku beliau, buku mentor SJ satu lagi yang bertajuk “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat“. Buku ini adalah bacaan santai tentang emas, mudah difahami dan sangat praktikal untuk orang kebanyakkan. Ia membongkarkan manfaat sebenar menyimpan emas selain daripada “beli harga rendah, jual harga tinggi”.
Harganya cuma RM25. Boleh dapatkan di kebanyakkan kedai-kedai buku termasuk Popular, MPH atau Kinokuniya. Kalau nak beli melalui kaedah poslaju, boleh hubungi isteri Tn Zulkifli, iaitu Pn. Najdah di 019-927 2780. Caj poslaju RM8 Semenanjung / RM12 Sabah & Sarawak.
#3 – Hadir Seminar Emas
Public Gold aktif mengadakan seminar asas pelaburan emas sejak 2008 lagi untuk mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul. Ia diadakan setiap bulan di hampir setiap negeri di Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia). Dan seminar-seminar ini adalah percuma!
SJ juga salah seorang daripada penceramah yang dilantik oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar.
Antara speaker terbaik yang saya boleh syorkan ialah guru emas SJ sendiri iaitu En. Syukor Hashim, Tn Zulkifli Shafie serta rakan bisnes SJ iaitu Pn. Azizah Hasan (a.k.a Mama Public Gold)
#4 – Follow Facebook “Syarif Jamil”
Untuk pastikan pelabur dan penyimpan emas sentiasa mendapat informasi terkini tentang emas, SJ sentiasa berikan tips terkini melalui Facebook SJ sendiri iaitu Syarif Jamil.
Facebook Peribadi – https://www.facebook.com/ir.syarifuddin
Facebook Page – https://www.facebook.com/syarifjamildealerPG/
Tetapi SJ mohon maaf, quota “Friends” SJ hampir penuh. Jadi SJ nasihatkan anda klik butang “Follow” dan “See First” supaya anda tak terlepas informasi terkini daripada SJ, insyaAllah
Terima kasih. Done follow Facebook. Seminar Emas pun dah daftar area terdekat.