Apabila dah lama dalam dunia simpanan dan pelaburan emas ini, topik zakat amat dekat dengan SJ. Lagi-lagi zakat yang melibatkan emas dan perak. Amat banyak pengalaman menggendali dan membimbing rakan-rakan penyimpan emas dalam urusan zakat emas ini.
Apa yang sering berlaku kepada SJ, bila SJ sarankan simpan emas kepada orang yang belum pernah simpan emas, selalu ada yang berpesan balik kepada SJ, “simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!”
SJ nak share sedikit.
Pengalaman SJ, SJ boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.
 Gambar 1: 1 Dinar Emas yang beratnya bersamaan 4.25gram dan berkualiti 999.9
Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.
 Gambar 2: Details tentang zakat emas.Â
Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.
Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, “simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!”.
Tak gitu? kan kan!!
Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.
Lagi satu tip penting SJ nak share.
Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.
Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.
Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan. Malah zakat inilah yang menyucikan harta-harta kita.
Pernah beberapa orang penyimpan emas share kepada SJ, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.
Dan memang benar, SJ lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun SJ kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.
 Gambar 3: Gambar kenangan SJ waktu di Bosphorus Sea, Istanbul Turkey dengan 1 dinar emas
SJ percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.
Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.