Tolong Jangan HANCURKAN wang anda dengan EMAS!!
Boleh dikatakan 90% orang diluar sana meminati EMAS sebagai aset fizikal dan boleh dikatakan ramai juga yang tersontot sebab main sana main sini. “Smart People” sahaja yang berjaya dan terus berjaya dengan EMAS ini.
PERINGATAN DARI MENTOR EMAS SAYA(MD Zulkifli Shafie)
Emas antara alat mudah untuk aktivitimoney laundering (pengubahan wang haram). Walaupun emas keluaran Public Gold (PG), PG tak akan mudah-mudah terima tempahan untuk pembelian atau jual balik kalau urusniaga itu diragui.
Dah beberapa kes yang saya diberitahu, PG reject bila orang nak jual balik emas kepada PG. Puncanya, urusniaga tu sangat diragui.
Contohnya; dalam rekod PG, pembeli tak pernah beli (atau beli cuma sedikit) daripada PG, tetiba datang nak jual kepada PG dalam jumlah yang besar. Mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit! Dan mereka tak dapat buktikan dari mana datang emas-emas tu.
Kes-kes begini, emas-emas tu mungkin digunakan untuk SKIM CEPAT KAYA atau dalam kes yang lebih teruk, ia emas yang diperolehi dari kes-kes penipuan atau kecurian.
Jadi PG berhak untuk tolak urusniaga tu sebab ia mungkin akan melibatkan implikasi undang-undang yang akan turut sama mengheret PG.
Jadi saya nasihatkan;
1. Jangan beli emas dari orang sembarangan.
2. Jangan swipe (tukar) emas dari orang sembarangan.
3. Setiap urusniaga pastikan ada hitam putih e.g. resit.
4. Jangan serahkan emas kepada sesiapa yang menjanjikan pulangan bulan dan bintang.
5. Beli emas, pastikan dapat emas sebab terlalu banyak skim-skim cepat kaya yang masih berleluasa (walaupun ramai dah lingkup).
Syarif Jamil,