SyarifJamil.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

CEPAT PERGI MENUNAIKAN HAJI DENGAN MENABUNG EMAS

By Syarif Jamil

December 4, 2014


Menunaikan haji berada di kedudukan ke-5 di dalam rukun islam. Sebagai seorang muslim, jika kita berkemampuan dari sudut ekonomi dan ilmu, kita diwajibkan pergi menunaikannya di bumi Mekah Al-Mukarramah.

 Di Malaysia, Tabung Haji merupakan badan utama yang mengendalikan kerja-kerja HAJI ini. Semua masyarakat yang ingin pergi mengerjakan ibadah ini perlu mendaftarkan diri dengan pihak Tabung Haji.

shutterstock_124808353 cost-cuttingSaya akan memberi tumpuan lebih kepada bahagian kos haji dan saya akan membuat  bandingan dengan individu yang menyimpan wang kertas(RM) untuk menunaikan haji dengan individu yang menyimpan emas dengan matlamat untuk pergi menunaikan haji. Ini adalah kerana, cara kita menabung untuk pergi menunaikan haji ini akan memakan masa yang lama. Contohnya, saya sudah mendaftarkan diri untuk pergi menunaikan haji pada tahun 2013 dan anggrannya, sekitar tahun 2035 barulah giliran saya untuk pergi menunaikannya. Ini menunjukkan saya ada masa lagi 22-tahun untuk melakukan simpanan demi menunaikan kewajiban ini. Insya Allah.

 Alhamdulillah, ayah saya Mohd Jamil bin Itam diberi peluang untuk mengerjakan haji pada tahun 2004 dan pada ketika itu, kos untuk pergi menunaikan haji adalah sekitar RM 12 400 dan ini dikukuhkan lagi dengan artikel yang dikeluarkan oleh bernama.com. Keratan penuh berada di link ini. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=411406 . Kos Haji yang saya sertakan ini adalah kos yang tidak melibatkan subsidi. Ini kerana, subsidi berubah-ubah bagi setiap tahun.

6

 Cuba kita lihat nilai RM 12 400 dibandingkan dengan nilai emas pada tahun 2004. Pada tarikh 1.12.2004, harga emas dunia berada di paras sekitar USD 456.00 untuk 1 troy ounce(31.10 gram) dan nilainya di dalam RM pada ketika itu adalah sekitar RM 1568.64. USD 1 dolar sekitar RM 3.44 pada disember 2004. Ini bermakna 1 gram emas bersamaan RM 50.43 dan jika RM 12 400 ditukar menjadi emas, jumlah gram emas adalah sekitar 246 gram. Boleh rujuk detail maklumat yang saya berikan di sini. http://www.kitco.com/scripts/hist_charts/daily_graphs.cgi dan http://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR&view=10Y .

5

3

Inilah masa yang saya nantikan iaitu, saya akan bandingkan kos bagi tahun 2004 dengan tahun 2014. Jika 246 gram emas itu di bawa ke tahun ini, 2014, nilai emas sewaktu saya menulis laporan ini adalah bernilai sekitar RM 32 652 iaitu pada 2.12.2014. USD 1 dolar bersamaan RM 3.44 pada sekitar bulan 12 2014.

 RM 32 625 – RM 12 400 = RM 20 225

(RM 20 225 / RM 12 400) x 100% = 163%

163% ini adalah peratusan kenaikkan harga emas dari tarikh 1.12.2004 ke 2.12.2014.

 

4

2

Untuk Jemaah haji bagi tahun 1435H (2014), Kos menunaikan haji adalah sekitar RM 16 155. Dalam jangka masa 10 tahun ini (2004-2014), kenaikkan kos haji adalah dalam lingkungan RM 4000++. Boleh rujuk di link ini untuk dapatkan matlumat penuh. http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2

1

Ini bermakna, golongan yang menabung RM akan RUGI RM 4000++ dan golongan yang menyimpan EMAS dan ada matlamat akan UNTUNG 2 kali ganda.

 Jika 246 gram emas pada tahun 2004 itu disimpan dan dibawa kepada tahun 2014, Nilainya adalah RM 32 625 dan dengan jumlah itu, kita mampu pergi menunaikan haji sebanyak 2 orang dan masih ada baki sedikit. Ini adalah bandingan untuk 10 tahun.

 Saya sendiri, masih ada 22 tahun lagi untuk menyimpan demi untuk menunaikan kewajiban ini. 22 tahun!! Sebentar tadi, saya hanya membuat perbandingan untuk 10 tahun, inikan pula 22 tahun. Inilah yang saya maksudkan dengan tajuk laporan ini iaitu, “CEPAT PERGI MENUNAIKAN HAJI DENGAN MENABUNG EMAS” Ingat, walaupun kita ada tempoh yang lama untuk pergi menunaikan haji, pihak tabung haji dapat membenarkan kita untuk membuat rayuan untuk pergi lebih awal daripada waktu yang di tetapkan. Alangkah indahnya jika kita dapat pergi ke tanah suci secepat yang mungkin dan insya Allah, jika kita usaha dan terus berusaha, kita mampu pergi ke tanah suci lebih dari satu kali. Allahuakbar!!

4985471071_9f434afa10_z

Inilah yang saya selalu tekankan untuk semua orang iaitu mulalah menabung emas fizikal sikit demi sedikit. Sekarang dengan platform yang kukuh oleh Public Gold, kita boleh menabung serendah 1gram. Kita boleh disiplinkan diri kita dengan menabung 1gram sebulan atau 2gram sebulan atau 100gram sebulan ke ataupun apa-apa mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah, anda sudah tahu kebaikkannya dan sekarang bagaimana anda hendak bermula? Disinilah peranan saya sebagai seorang Authorised Public Gold Dealer untuk membantu anda melancarkan proses ini. Platform terbaik di negara kita ini adalah Public Gold. Sudah 8 tahun Public Gold Sdn Bhd telah bertapak di negara kita. Untuk maklumat lanjut, klik link ini. HUBUNGI SAYA . Insya Allah, saya akan bantu anda untuk menunaikan hajat mulia ini.

P/S: Kalau anda ada apa apa kemuskilan, boleh terus hubungi saya. Tambahan lagi, maklumat yang saya berikan ini adalah +- harga dan tarikh sekitar(purata).

Syarif Jamil,

Bukit Mertajam,
4 December 2014.

 

 

 

Syarif Jamil

About the author

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014.

WhatsAPP : +60136460265

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>
Open chat
Nak Belajar Ilmu Emas dengan saya?
Hi, Saya Syarif Jamil. Master Dealer Aktif Public Gold. Boleh saya bantu anda?