GAP-Public-Gold

Apa itu Akaun Emas G.A.P (Gold Accumulation Program)?

Apa itu GAP?

[last update : 15.08.2017] GOLD ACCUMpublic-gold-gapULATION PROGRAM ataupun GAP adalah satu sistem akaun Emas fizikal 999.9 yang diwujudkan oleh PUBLIC GOLD. Emas bukan semata-mata hanya sebagai medium pelaburan (buy low, sell high). Anda haruslah memikirkan emas sebagai aset simpanan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita fikirkan bahawa EMAS ini adalah satu medium PELABURAN (Mind Setting) . Memang kita sedia maklum yang harga EMAS akan menaik dan terus menaik dalam tempoh jangka masa panjang dan ini amat menguntungkan kepada peminat EMAS FIZIKAL.

Untuk lebih mudah paham, anda bayangkan yang GAP ini adalah satu bentuk sistem “BANK” yang menyimpan kekayaan anda dalam bentuk “EMAS FIZIKAL” dan bukan “WANG KERTAS” ataupun “EMAS MAYA”. Kenapa tidak boleh simpan WANG KERTAS?? anda boleh baca petikan ini. “Bahayanya WANG KERTAS”.

Apabila anda ada wang kertas yang ingin anda menabung dan cukup untuk ditukarkan kepada 1 gram emas atau serendah RM 100, cepat2 anda alihkan wang kertas itu kepada bentuk emas. Nescaya, simpanan anda akan lebih kukuh dan anda sudah berjaya mengelakkan kebocoran tabungan masa panjang anda. Tambahan lagi, apabila anda menabung dengan wang kertas, ianya dimakan inflasi dan apabila anda menabung EMAS, ianya KALIS INFLASI. Alangkah beruntungnya orang yang menyimpan ASET EMAS.

Manfaat Dari Akaun Emas GAP:

1- Melabur dengan selamat

2-Tabungan masa depan untuk anak (akaun bersama)

3-Nak simpan emas tapi jauh dari branch

4-Nak simpan emas tapi berada di perantauan

5-Nak simpan emas tapi modal kecil

6-Platform Trading (berniaga)

7-Takut simpan emas sendiri

8-Tabungan masa depan untuk diri sendiri/pendidikan

9-Tabungan tidak terjejas dgn CUKAI GST 

10-Boleh Berjual beli di PG MALL menggunakan emas 

Kenapa mesti GAP?

  • Dengan GAP, anda tidak lagi perlu pening-pening memikirkan dimana hendak “simpan” EMAS FIZIKAL anda yang saban hari semakin banyak dan terus banyak kerana ianya disimpan secara“PERCUMA” oleh pihak PUBLIC GOLD.
  • Dengan GAP, golongan berstatus “PELAJAR” juga boleh menyimpan EMAS. Apabila seseorang pelajar itu mendapat alaun bulanannya, cepat2 alihkan sedikit kepada EMAS, samada 1 gram,2gram ataupun berapa sahaja gram GAP, mengikut kemampuan masing2. Bukan apa, simpanan amat diperlukan oleh seseorang MAHASIAWA ataupun MAHASISWI di masa akan datang.

“Disiplinkan diri menabung emas adalah kunci kejayaan”

12

  • Dengan GAP juga, seorang ibu atau bapa dapat merancang tabungan EMAS FIZIKAL untuk anak-anaknya. Parents boleh membuka akaun bersama GAP untuk anak-anaknya dan dengan ini, tabungan itu lebih terjamin. Tabungan ini boleh dijadikan tabungan pendidikan ataupun apa2 sahaja. Saya sayakin dan percaya, setiap ibu bapa mesti merancang yang terbaik untuk keturunannya.

GAP family

Terms and Conditions GAP

terma dan syarat GAP

Cara Pengeluaran GAP

Untuk terus kekal AKTIFKAN akaun GAP anda, anda mestilah tinggalkan baki 1 gram di dalam akaun itu. Anda boleh juga mengeluarkan kesemuanya, tetapi jika anda ingin membuat belian yang baru nanti, anda akan dikenakan RM50 sebagai yuran untuk mengaktifkan kembali akaun anda.

Setiap pengeluaran GAP, anda akan dikenakan bayaran “UPAH PENGANKUTAN”(GOLD PREMIUM) yang berpatutan. Jika anda nak keluarkan 1GAP(bersamaan 1 gram EMAS FIZIKAL 99.9),  akan dikenakan bayaran sebanyak RM 5.00 dan jika anda nak keluarkan banyak, anda boleh rujuk gambar dibawah berkaitan “transportation cost”. Dimana2 branch pun, jika anda keluarkan Gold Bar 1gram, anda akan dikenakan RM 5.00. Barang(EMAS) dihantar dari pengeluar (TURKEY) ke PG HQ(PENANG) dan dihantar ke seluruh branch di MALAYSIA dan purata kos penghantarannya hanyalah RM5.00.

“Dari TURKEY>PENANG>BRANCH”

Nasihat saya, kalau nk keluarkan, tunggulah dahulu sehingga anda ada 10gram di dalam akaun GAP dan anda boleh keluarkan GAP anda dalam bentuk GOLD BAR 10gram. Ini adalah untuk mengurangkan kos pengankutan.

Ada 3 cara untuk anda keluarkan GAP kita. Setiap pengeluaran GAP, anda sendiri haruslah pergi ke BRANCH PG yang berdekatan dengan membawa IC sahaja. Ada 18 cawangan diseluruh negara. Dinasihatkan supaya untuk menelefon staff di brach yang ingin anda pergi terlebih dahulu kerana untuk memastikan urusan anda lancar. Staff boleh asingkan awal2 barang anda.

public-gold-dinar-999-lbma

  • CARA 1- Keluarkan GAP dalam bentuk GOLD BAR 1 gram/ 5 gram jika GAP anda dibawah 10 gram.
  • CARA 2- Keluarkan GAP dalam bentuk GOLD BAR 1o gram, 20 gram, 50 gram dan seterusnya.
  • CARA 3- Keluarkan GAP dalam bentuk DINAR. 1/2 Dinar , 1 Dinar,  5 Dinar dan 10 Dinar.
  • CARA 4- Keluarkan dengan cara CASH BANK IN iaitu, anda akan dibank in nilai semasa EMAS yang anda ada.

caj-premium-public-gold-723x1024

 Ini adalah rumusan kos untuk GOLD PREMIUM(upah transport) Bagi semua item LBMA Public Gold.

My GAP STATEMENT

Jika anda simpan WANG KERTAS di bank, anda akan ada bank statement. Sama jugalah kalau anda ada simpanan GAP. Anda juga akan ada “MY GAP STATEMENT”. Setiap penambahan dan pengeluran EMAS tercatit di dalam itu.

Selepas belian GAP yang pertama, anda akan dapat PG CODE (PG******), dan dengan code inilah yang membolehkan anda menyemak simpanan EMAS anda.

Screen Shot 2017-08-15 at 2.06.46 AM

Screen Shot 2017-08-15 at 2.09.12 AM

Fahaman yang “salah” berkenaan GAP

Berikut adalah beberapa fahaman yang salah berhubung GAP iaitu:

1.Menganggap GAP sebagai satu skim. Sebenarnya GAP bukanlah satu skim tetapi ia adalah hanya satu program khas yang dibentuk oleh PG dlm kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sikit-sikit mengikut kemampuan semasa pembeli.

2.Menganggap GAP adalah “EMAS MAYA”/akaun semata-mata seperti GOLD SAVING ACCOUNT di bank2. Emas maya “HARAM” dari sudut syariah. Sebenarnya GAP bukanlah emas dlm bentuk maya/akaun tetapi ia adalah pembelian emas fizikal macam biasa cuma dipermudahkan oleh PG dengan menggunakan pendekatan BELI & SIMPAN TERUS DLM PETI SIMPANAN. Tiada had masa/tempoh simpanan dan jumlah simpanan. Cuma dlm tempoh promosi ini, upah simpannya adalah PERCUMA! Siapa yang beli dlm tempoh ini, upah simpannya PERCUMA hingga akhirnya. Emas fizikalnya juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja tanpa batasan waktu. Cuma dlm masa tdekat ini, PG terpaksa menggunakan tempahan secara manual dahulu memandangkan sistem tempahan online dlm proses pembangunan.

3.Menganggap GAP sebagai kaedah ‘deposit taking’. Sebenarnya ia bukan ‘deposit taking’ tetapi ia adalah pembelian emas fizikal secara tunai. Bayar dan terus dpt emas fizikal.

4.Menganggap GAP tidak relevan dan memberikan tekanan. Sebenarnya GAP adalah amat relevan dan ia bertepatan dengan syariah. Beli emas dan dapat emas fizikal. Admin nak bagi satu cth: katakan Wazir beli 11gram emas GAP dan berhasrat utk mengeluarkan kesemua 11gram emas tersebut dlm btk fizikal, jawapannya adalah boleh keluarkan semuanya. Secara otomatiknya akaun GAP milik wazir telah ditutup. Tetapi jika Wazir berhasrat untuk membuat belian baru, Wazir dikehendaki membuat bayaran tambahan sebanyak RM20 sebagai bayaran buka akaun baru dan diikuti dengan jumlah harga belian emas yang dibeli. Bagi mengelak bayaran RM20 tersebut berlaku, Wazir dicadangkan untuk meninggalkan baki 1gram di dalam akaun dan akaun GAP milik Wazir tidak akan ditutup secara otomatik. Konsep dan prosedurnya adalah sama dengan amalan bank-bank di Malaysia. Insyaallah.

“TAHNIAH, anda sudah habis mempelajari ilmu berkaitan GAP. Saya harap ianya jelas dan berharap agar anda boleh terus mengorak langkah menimpan GAP.”

Untuk Membuka akaun emas GAP, anda boleh KLIK  CARA MEMBUAT GAP “

Syarif Jamil,

Bukit Mertajam,
13 November 2014.

4,605 total views, 1 views today

About Syarif Jamil

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014. WhatsAPP : +60136460265

4 thoughts on “Apa itu Akaun Emas G.A.P (Gold Accumulation Program)?

    1. Untuk pengeluaran EMAS fizikal 1 gram, dimana2 akan dikenakan rm5 sebagai upah hantar. Kalau keluarkan Gold bar 10, 20 xan seterusnya, di pulau pinang akan percuma kerana kilangnya di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam