Kenapa perlunya anda LOGIN ke website Public Gold? Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat dengan login ke website PG ini. Antaranya:
1- Boleh “place order” sendiri tanpa melalui dealer.
2- Boleh lakukan proses “buyback” iaitu proses jual kembali item kepada Public Gold.
3- Boleh lihat “baki semasa” yang terkumpul di akaun Gold Accumumulation Program.(GAP)
Secara Amnya, ada 3 langkah untuk login di website PG ini:
1- Dapatkan Username(PG CODE)
2- Dapatkan Password
3- Login ke Website
Langkah 1: Dapatkan Username(PG CODE)
PG CODE ini akan diperolehi secara automatik sekiranya anda sudah buat belian pertama secara rasmi dengan Public Gold. Boleh Lihat kembali di sales order/GAP Statement/replay email atau whatapp dari Pg untuk dapatkan PG CODE anda. Jika anda tidak yakin dengan status PG CODE anda, anda boleh hubungi dealer anda untuk dapatkan pertolongan. Insya Allah, dealer dapat membantu dengan mudah.
Ini contoh PG CODE. Account Code adalah PG CODE.
Langkah 2: Dapatkan Password
Apabila sudah ada PG CODE sebagai username, anda perlu dapatkan password untuk login.
Gambar 1: Pergi ke web www.publicgold.com.my dan Click Login
Gambar 2: Masukkan Username anda. Kemudian, tekan “Forgot Password”. Ingat, masukkan Username dulu baru tekan “Forgot Password”.
Gambar 3 : Masukkan email yang anda daftarkan masa pertama kali beli emas dengan Public Gold.
Gambar 4 : Buka email, copy token / temporary password, dan klik activation link.
Gambar 5 : Masukkan username, dan copy paste “token” yang anda terima dalam email seperti gambar 4.
Gambar 6 : Masukkan password baru. Dan sekarang anda boleh guna password baru tu untuk login.
Langkah 3: Login Ke Website
Ok, sekarang anda dah boleh login website Public Gold dan boleh buat order sendiri ataupun semakan. Pergi ke website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.
Gambar 7 : Masukkan username dan password baru anda.
JIKA TIDAK BERJAYA!!
Ada juga sesetengah orang masih gagal untuk login menggunakan step yang telah saya tunjukkan. Oleh yang demikian, anda perlu meminta bantuan daripada pihak Public Gold sendiri untuk membantu anda dengan cara reset password. Caranya, masuk website PG bahagian Contact Us > Enquiry, isi borang tu dan copy paste ayat saya di bawah ni dalam ruangan mesej.
I could not login to this website using my PG Code. I’ve tried to reset the password but still unsuccessful. Could you help me on this matter. Thank you.
Selepas melakukan tindakan seperti diatas, kebiasaannya pihak Public Gold akan mengambil masa selama waktu setengah hari bekerja untuk membantu anda. Tunggu respon dari pihak PG di email anda.
Mudah-mudahan langkah-langkah ini dapat membantu anda menjadi seorang peyimpan dan pelabur emas yang MERDEKA. Insya Allah.
Syarif Jamil,