SyarifJamil.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Dealer Public Gold

7-Kelebihan sebagai “Authorised Public Gold Dealer”

By Syarif Jamil

January 16, 2015


PERJALANAN BAGAIMANA SJ BOLEH JADI DEALER PUBLIC GOLD

[Updated Feb 2021]

Pada mulanya, saya hanya memikirkan untuk Simpanan & Invest dalam Emas Fizikal ini buat diri sendiri. Apabila sudah terjebak dalam dunia simpanan & pelaburan emas ini, saya lihat ramai lagi kawan-kawan yang tidak nampak akan potensi simpanan & pelaburan emas di masa hadapan. Niat dihati ingin berkongsikan ilmu-ilmu yang tepat berkenaan emas ini kepada rakan-rakan agar mereka tidak melakukan kesilapan dalam pelaburan emas ini. Oleh yang demikian, saya beranikan diri untuk menjadi Authorised Public Gold Dealer.

Apa yang menariknya dengan status sebagai seorang dealer ini, kita boleh manfaatkn kedudukan kita dalam apa jua situasi pasaran harga emas ini samada naik ataupun turun.

“Harga emas naik pun untung, Harga emas turun pun untung!!”

KELEBIHAN 1 : KOMISYEN DARIPADA BELIAN EMAS SENDIRI

Untuk bergelar sebagai seorang Normal Dealer, anda perlu buat belian sekurang-kuranya RM 30000 dalam satu resit dan itu dikira belian pertama anda. Daripada belian pertama ini, anda tidak akan dapat komisyen lagi. Komisyen sebagai dealer akan mula diperolehi daripada belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar komisyent 1%. Kalau buat belian seterusnya RM5000, maksudnya anda dapat komisyen RM50. Tahap komisyen ini boleh meningkat kepada 1.5% dan 2.0% mengikut tahap dealership masing-masing. Beli emas untuk diri sendiri pun sudah dapat komisyen, belum lagi untuk customer yang lain.

KELEBIHAN 2: KOMISYEN DARIPADA JUAL BALIK EMAS SENDIRI

Untuk rasa untung dalam pelaburan emas ini, emas yang ada itu wajiblah dijual balik. Jika item emas itu dijual balik kepada PG, komisyen sebanyak 0.3% akan diperolehi jika anda seorang dealer. Semua tahap dealership menerima komisyen jual balik yang sama iaitu 0.3%.

KELEBIHAN 3: MEMBUKA KEDAI EMAS TANPA PERLUKAN KEDAI

“Kedai” yang diperlukan bukanlah sewa kedai macam di shoplot itu. Kita boleh buk kedai online kita. Tak perlu susah-susah lagi. Kita boleh manfaatkan alam maya untuk membesarkan legasi business kita. Selain itu, Public Gold dah sediakan 18 branch di seluruh negara yang boleh kita manfaatkan.

Public Gold Dealer

KELEBIHAN 4: KOMISYEN INTRODUCE PEMBELI

Apabila kita menggunakan medium Facebook/Whatsapp/Telegram dan lain2 untuk berkongsi ilmu berkenaan emas ini, akan mula ada rakan-rakan kita yang mula bertanya. Itulah pentingnya ilmu. Sebagai seorang dealer, kita perlu ambil tahu berkaitan ilmu emas ini. Jika kita hanya menjual emas di laman sosial, kita mungkin akan kehilangan kawan, tetapi jika kita bercerita tentang manfaat dan ilmu-ilmu berguna berkaitan emas ini, rakan-rakan kita akan lebih tertarik.

Jadi, apabila mereka ingin membeli emas PG, saya akan ambil tanggungjawab untuk menjadi sebagai INTRODUCER mereka.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing.Sebagai dealer, kita perlu didik customer kita untuk jadi customer yang merdeka. Kita cuma consult dan tolong place order sahaja. Pembeli itu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold berdekatan. Sampai bila-bila sahaja, jika customer kita itu buat belian emas, kita akan dapat komisyen itu. Disinilah kita dapat menjana “passive income”.

KELEBIHAN 5: DAPAT MEMBELI EMAS PADA HARGA DISKAUN

Apabila kita sudah introduce ramai pembeli emas merdeka!!, insyaAllah selepas setahun dan keatas, akan ada pembeli emas yang nak menjual emas itu disebabkan perlu pakai duit. Masa itu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak susut nilai 6% – 9%.

Perkara ini disebabkan, jika pembeli itu pergi dan jual kembali kepada PG, PG juga akan buat belian mengikut harga PG BUY. Oleh yang demikian, jika ada customer kita yang nak jual item mereka, Kita sebagai dealer boleh pertimbangkan untuk beli. Selalunya jika customer itu tinggal berhampiran dengan kita, mereka lebih suka jual dengan kita sebab dapat cash on the spot. Jika jual kepada PG, selepas 24 jam baru PG akan bank in ke dalam akaun kita.

Apabila customer jual emas kepada kita(dealer) dengan harga PG BUY, itu bermaksud kita membeli emas dengan harga tanpa susut nilai. Oleh itu, jika harga emas naik walaupun 6%, kita sudah untung. Mana lebih baik antara ASB,TH atau EMAS? tak perlu kita tunggu setahun untuk dapat untung dividen.

KELEBIHAN 6: BELI EMAS PADA HARGA DISKAUN DAN JUAL (FLIPPING)

Contoh: Customer nak jual 2 Dinar yang dia ada dan kita beli pada harga PG BUY (RM 1800) dan kita pula jual item itu kepada umum dengan harga PG SELL(RM 2000) . Untung RM 200 dalam satu jualan. Kita boleh iklankan kepada customer-customer kita yang berdekatan. Mereka juga jimat duit minyak!! Customer kita sahaja. Customer dealer lain tak boleh. Ianya ibarat kita kacau periuk nasi dealer lain.

KELEBIHAN 7: KOMISYEN OVERRIDING “DEALER”

Apabila customer kita sudah paham dan tertarik dengan dunia emas ini, mereka akan cuba untuk menjadi dealer. Saya yakin dan percaya, rata-rata rakyat malaysia lebih gemar menyimpan RM di Tabung Haji ataupun ASB. Apabila mereka tahu potensi di dalam bidang emas ini, mereka akan tukar simpanan mereka kepada gold dalam jumlah yang melayakkan mereka menjadi dealer seperti kita.

CONTOH A: Syarif merupakan Normal Dealer yang menjadi introducer kepada Zaidi. Zaidi berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Belian pertama yang melayakkan zaidi menjadi dealer adalah RM 30000. 1% dari itu (RM 300) akan dibayar oleh PG kepada syarif sebagai komisyen introducer manakala untuk belian kedua dan seterusnya oleh zaidi, syarif akan dapat komisyen overriding sebanyak 0.15%. Ini adalah kerana, level syarif dan zaidi adalah sama.

CONTOH B: Syarif merupakan Master Dealer yang menjadi introducer kepada Zaidi. Zaidi berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Belian pertama yang melayakkan zaidi menjadi dealer adalah RM 30000. 2% dari itu (RM 600) akan dibayar oleh PG kepada syarif sebagai komisyen introducer manakala untuk belian kedua dan seterusnya oleh zaidi, syarif akan dapat komisyen overriding sebanyak 1.0%. Ini adalah kerana, level syarif dan zaidi adalah berbeza.

FINANCIAL FREEDOM(Bebas Kewangan) bersama PUBLIC GOLD.

SJF_6769

Ini adalah cita-cita yang saya dan isteri idamkan. Cuba kita lihat, jika kita berjaya menjadi introducer kepada 1000 orang dan didik mereka menjadi customer yang merdeka, setiap kali belian emas yang mereka buat kita akan dapat komisyen-komisyen yang ada sampi kita mati. Untuk mencapai 1000 customer, ianya bukan satu kerja yang mudah. Kita perlu sabar dalam membina empayar ini dan kesabaran inilah merupakan kunci utama bagi mereka-mereka yang sudah berjaya.

Bagi saya, passive income adalah lebih bernilai daripada active income. Ini adalah kerana, jika kita hilang upaya, active income akan turut hilang manakala passive income akan terus berjalan sepertimana biasa.

Untuk menuju matlamat ini, saya rasa peluangnya amat cerah. Ini adalah kerana, registered customer bersama PG adalah kira-kira 400 000 orang sahaja(sewaktu entry ini ditulis). Penduduk malaysia adalah dalam lingkungan 32 Juta orang. Tugas dealer ini adalah satu kerja yang mulia dan orang akan suka jika kita buat perkara yang betul. Tanamkan dalam diri kita untuk terus dan terus mendidik masyarakat kita untuk lebih celik dalam simpanan matawang sebenar. “GOLD IS REAL MONEY”. Jika kita focus untuk mendidik, ianya akan lebih manis manakala jika kita hanya focus untuk jual barang, kita akan stress.

Kerja sebagai Dealer PG ini adalah mulia kerana kita tidak akan mengajak customer untuk terus dan terus membina liabiliti yang akhirnya akan menyusahkan hidup mereka. Dealer PG akan memberi petunjuk yang benar untuk membina asset untuk masa depan mereka juga. Insya Allah, kerja yang mulia disukai ALLAH dan kita mohon barakah darinya.

PELUANG TRAVEL VVIP BERSAMA PUBLIC GOLD

Alhamdulillah, tahun 2021 ini, SJ dan wife dihadiahkan 2 tiket percutian ke Russia.  Its a dream come true.

Setiap tahun, Public Gold akan bawa dealer-dealer yang capai kriteria untuk pergi ke VVIP trip. Ianya mustahil bagi kami pada awal membina business ini. Tapi kami tekun buat sahaja benda yang betul dengan sabar. Alhamdulillah, tahun 2021 giliran kami suami isteri untuk menikmati VVIP Trip ini.

Jika kami boleh lakukannya.. kalian sudah pasti boleh capainya juga. Dengan education system bagi dealer-dealer Public Gold yang sudah tersedia ini, kejayaan bukan lagi boleh atau tidak. Ianya hanya nak atau tak nak sahaja.

Success is predictable.. See you guys at the TOP!!

Syarif Jamil, 14 February 2021.

Syarif Jamil

About the author

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014.

WhatsAPP : +60136460265

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

    >
    Open chat
    Nak Belajar Ilmu Emas dengan saya?
    Hi, Saya Syarif Jamil. Master Dealer Aktif Public Gold. Boleh saya bantu anda?