July 4, 2020
Gold Bar dan Dinar

6 Kriteria Paling Penting Pilih Emas

“Apa beza emas dari syarikat XYZ dengan Public Gold?”

“Emas yang mana bagus untuk simpanan dan pelaburan?”

Soalan diatas adalah antara soalan yang paling popular dan sering saya terima. Jawapan saya mudah sahaja. Anda hanya perlu teruskan membaca petikan ini dan Insya Allah, anda akan dapat jawapannya.

Kalau beli emas untuk dapat HARGA TERTINGGI bila nak jual balik nanti, kena pastikan 6 kriteria penting ini sahaja. Jangan serabutkan kepala dengan kriteria lain.

KRITERIA -1 : Harga per gram murah

Pada (14/-8/2015) di syarikat XYZ menjual emas dengan harga RM 170/gram manakala emas di syarikat ABC menjual dgn harga RM 153/gram. So yang mana murah? Jika dah tahu yang mana murah, pastikan juga emas itu memenuhi kriteria lain di bawah.

KRITERIA -2 : Susut nilai rendah

Susut nilai adalah perbezaan antara harga jual dan harga beli emas bagi sesuatu syarikat. Semakin rendah susut nilai, semakin bagus emas itu dan lebih cepat untuk untung. Jika di syarikat XYZ menjual emas 1 gram dengan susut nilai 10% manakala syarikat ABC menjual emas 1 dengan susut nilai 8%. Yang mana lebih baik? jawapannya adalah syarikat ABC.

aku susut nilai GB

aku susut nilai 2 (Ini adalah susut nilai bagi item emas yang dikeluarkan oleh Syarikat Public Gold)

KRITERIA -3 : Stok tiada had

Sewaktu harga emas murah, mesti kita nak borong kan. Tetapi kita tidak boleh beli emas di syarikat XYZ sebab tiada stok manakala di syarikat ABC kita boleh membeli dan menjual emas pada bila-bila masa sahaja. So, nak pilih yang mana?

4. Cawangan jual beli banyak

Untuk memudahkan urusan, cawangan jual beli memainkan peranan penting. Jika syarikat XYZ tidak ada cawangan untuk berurusan manakala syarikat ABC ada cawangannya di seluruh malaysia, yang mana lebih baik untuk kita pilih? (jawab dalam hati jee k)

11903318_1022323081125812_1356956214_n

( Ini adalah senarai Cawangan Public Gold di Seluruh Malaysia)

KRITERIA -5 : Syarat jual balik tak cerewet

Sewaktu kita nak beli, semuanya mudah. Bagi duit dapat emas, tetapi apabila nak jual balik emas, bnyak pula syarat-syaratnya. Pastikan anda kenalpasti dahulu syarat-syarat yg ditetapkan.

6. Tiada Cukai GST

Ini amat penting!! Pastikan emas yang anda nak beli itu tidak dikenakan cukai GST. Kalau anda beli emas yg ada GST, anda amat rugi kerana susut nilai emas itu akan bertambah. Jika syarikat XYZ mengenakan GST dan syarikat ABC tidak mengenakan GST, yang mana satu nak pilih? mestilah SYARIKAT ABC!!

11857743_1022326261125494_1669748499_n

Creadit gambar(header-entry) : Whatsapp Group
Syarif Jamil,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
15 OGOS 2015.

2,046 total views, 1 views today

Syarif Jamil

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014. WhatsAPP : +60136460265

View all posts by Syarif Jamil →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam