SyarifJamil.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Gold Bar Public Gold

12 Kesilapan ramai orang tentang emas

By Syarif Jamil

February 19, 2020

Akaun Emas GAP, Dealer Emas Public Gold, emas murah, Emas patuh Syariah, pelaburan emas, Pelaburan Emas Di malaysia, Pelaburan Emas Malaysia, Pelaburan emas patuh syariah, Public Gold, Simpanan Emas

Kesilapan 1 – Tunggu harga emas murah baru nak mula (ramai orang buat salah ini!!)

Gais.. kalau kita ada sikap menunggu, kita bukan pelabur emas. Kenapa? Kerana penganalisis terkemuka atau pakar sekalipun tidak tahu dengan tepat bila harga emas akan murah. Dan murahnya seberapa murah? Tinggi seberapa tinggi? Bandingkan dengan apa? Pelabur dan penyimpan emas sejati akan beli, simpan, pantau dan tambah gram. Bukan tunggu, tunggu dan tunggu harga murah yang kita pun tidak tahu seberapa murah.

Kesilapan 2 – Beli Emas Dengan Wang Yang Hendak Dipakai Dalam Waktu Terdekat.

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Kalau beli hari ini, nak jual bulan depan, anda akan kerugian spread (Susut Nilai). Untuk beli emas tukarkan sebahagian wang yang memang boleh dilupakan setidak-tidaknya dalam tempoh yang lebih panjang. Tempoh paling ideal adalah 2 tahun ke atas.

Gold Bar PG

Kesilapan 3 – Beli Emas Pelaburan Di Tempat Yang Salah (Contoh: Kedai Emas)

Harga emas di kedai emas lebih tinggi kerana mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my. Lagi parah ada pula kedai yang letak syarat tidak boleh hilang resit, emas tak boleh calar dan jika dibuka seal, akan dianggap used gold dan spread hingga 25%. Aduh!

Kesilapan 4 – Memilih Barang Kemas Sebagai Pilihan Simpanan & Pelaburan Emas.

Ini lagi lah pengsan. Barang kemas perhiasan *kurang sesuai* sebagai pelaburan. Tujuan barang kemas adalah untuk display dan ditayang kecantikan. Maka, pembeli perlu membayar kos upah yang dimanipulasi oleh kedai emas, juga spread yang melebihi 25%. Ini belum cerita bab kos cukai lagi! Amat-amat rugi gais!!

Barang Kemas

Kesilapan 5 – Buat Loan Untuk Beli Emas (Ohhh ruginya)

Bukan emas sahaja. Pelaburan apa pun asasnya adalah wang lebihan atau wang peribadi. Jika hingga berhutang peribadi atau kad kredit bermakna kita merugikan diri sendiri untuk membayar balik hutang dalam tempoh tertentu sedangkan untung rugi pelaburan adalah jangka masa yang panjang.

Kesilapan 6 – Membeli emas ‘paling murah’!! Paling Murah Belum Tentu TERBAIK!!

Emas yang paling murah tidak semestinya paling baik. Emas lelong di ar rahnu belum tentu menguntungkan. Penyimpan emas patut menilai kadar spread, kemudahan jaminan jualan balik, kadar upah, ketulenan dan kemudahan urusan pembelian serta lain-lain factor.

Ciri Emas Pelaburan

Kesilapan 7 – Memajak Emas Tanpa Sebab Yang kukuh.

Ramai yang memajak emas di ar-rahnu dengan harapan beroleh keuntungan. Secara amnya teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada waktu harga emas turun mendadak dan wang pajakan diguna untuk membuat pusingan modal perniagaan. Harga emas rendah, kos upah lebih rendah.

Kesilapan 8 – Terbuka Seal Emas!! (AMARAN!!)

Kebanyakkan emas pelaburan di bank dibalut dengan seal plastik kekal. Jika nak buka, perlu potong dan plastic itu akan rosak. Bank yang menjual emas selalunya tidak menerima seal yang dipotong. Malah, emas yang kemek, calar tidak diterima balik. Bila seal tak dibuka, susah nak pajak. Bila dibuka, bank tak terima. Last-last terpaksa dijual sebagai ‘emas terpakai/used gold’. Silap haribulan spread 25%. Aduh!

Kesilapan 9 – Memilih Tempat Yang Salah Waktu Nak Jual Balik Emas.

Memang emas boleh dijual di mana-mana seluruh dunia. Namun, tempat terbaik untuk dijual balik adalah di mana anda membelinya. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Barulah anda mendapat jaminan spread yang baik. Ini adalah sebab, Public Gold tak perlu kos lain untuk proses emas tersebut. Oleh itu, harga terbaik dapat diberikan.

Kesilapan 10 – Masih Tidak Faham Fungsi Sebenar Emas Sebagai Pelindung Kekayaan.

Sebelum memulakan tabungan emas, perlu ingat bahawa emas bukan skim cepat kaya. Fungsi emas adalah sebagai pelindung kekayaan dan emas adalah satu-satunya aset yang tidak boleh dibinasakan. Contohnya jika Allah letakkan 2 juta kilogram emas di dunia, itu sajalah jumlahnya. Tidak akan bertambah atau berkurangan. Dek kerana sifat emas yang terhad, ianya kekal menjadi matawang teragung yang tidak pernah gagal sejak ribuan tahun di mana-mana negara.

Bagi melindungi kekayaan, sebab itulah kita disarankan memiliki emas sekitar 10% hingga 25% daripada jumlah aset. Kerana sifat emas tidak boleh dimanipulasi, tidak terikat dengan keadaan ekonomi negara dan melindungi kekayaan seperti takaful menjaga kesihatan. Peniaga gunakan emas untuk rolling agar *tidak mati* pusingan modal kerana kecairan emas hanya 24 jam sahaja.

100 Grams Gold Bar

Kesilapan 11 : Matlamat Simpanan & Pelaburan Emas Yang Tidak Jelas.

Paling tepuk dahi adalah baru beli satu gram dah tanya, bila saya boleh jual? Satu gram je dik.. satu gram. Kalau harga RM190 meningkat kepada RM250 sekalipun peningkatan 32% nilainya hanya RM60. Apa yang akan berubah dengan RM60? Sepatutnya penyimpan emas tetapkan kenapa menabung emas? Untuk 10% -15% pelindung kekayaan? Untuk pendidikan? Untuk persaraan? Perkahwinan anak? Menunaikan haji? Berapa gram yang diperlukan? 100 gram? 300 gram? 500 gram? 6 kilogram? Barulah kita tahu tempoh masa bila nak jual!

Kesilapan 12 – Tiada Ilmu Punca Ramai Tangguh Mula Simpan Aset Emas.

Dalam group bimbingan SJ, semua penyimpan serta pelabur emas akan terus dapat bimbingan dari SJ. Dengan pengalaman SJ lebih 5 tahun dalam bidang ini, akan terus SJ bimbing sebaiknya buat mereka.Jika mampu menabung serba sedikit di semua cabang, mengapa memilih? Satu langkah kecil mungkin membantu cabang simpanan rojak yang memberikan kebaikan yang besar! Jangan takut sangat! RM100 tu cuma RM3.40 sehari tak sampai kadar nasi ayam pun! Ilmu akan datang bila tindakan mula diambil. Serendah RM 100 pun kita dah boleh mula simpan aset emas.

Jika anda nak mulakan tindakan menyimpan aset emas, anda boleh terus HUBUNGI SAYA untuk bimbingan step by step.

Syarif Jamil,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
19 FEBUARI 2020

 

Syarif Jamil

About the author

Alhamdulillah, saya adalah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold (kod PG047442). Saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul sejak 2014.

WhatsAPP : +60136460265

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>
Open chat
Nak Belajar Ilmu Emas dengan saya?
Hi, Saya Syarif Jamil. Master Dealer Aktif Public Gold. Boleh saya bantu anda?